Saturday, 31 December 2016

32 tips untuk anda ke Mesir



1. BELI TIKET AWAL UNTUK HARGA LEBIH MURAH.
Kami beli tiket pada bulan Mei untuk percutian bulan Disember.


2. BANDINGKAN HARGA TIKET SEBELUM BELI.
Kami membandingkan harga tiket ke Cairo menggunakan ‘skyscanner’ & ‘cheapflight’. Akhirnya kami decide beli thru cheapflight. RM1750 seorang utk return flight. So utk kami berlima total RM 9, 226; termasuk cas kredit card dan premium service dari cheapflight sekiranya ada perubahan date penerbangan dia akan sms laju-laju bagitau.

3. BARANG TERLARANG.
Jangan duk bawak la kan. Sebab kat sana agak rapi jugak cek. Kena tanggal-tanggal kasut masa nak scan badan tu. Even saya bawak supplemen pun dorang cam tahan skejap luggage tu. Lepas explain tu supplemen, alhamdulillah lepas.

4. BAWA WANG USD.
Tukar duit RM ke USD siap-siap. Rate USD best bila tukar duit Pound Egypt (LE). Rate masa kami kat sana (25 nov – 12 Dec 2016) 100 USD bersamaan 1750 LE. Atau kalau convert duit Malaysia; RM100 bersamaan 400 LE. WOW! Best kan? Rasa kaya kejap. Hikhik. Duit kita mahal 4x ganda dari duit Pound Egypt.

5. TUKARAN WANG.
Jangan tukar duit di money changer bila kat sana. Rate rendah. So kami call ejen tukar duit, dorang datang jumpa kat tempat penginapan kita. Rate sangat berbeza dengan money changer. Part ni student al-azhar yang ajarkan kami. Hehehe.

6. HOMESTAY BAJET.
Di Cairo ada sediakan homestay serendah 25 LE seorang 1malam. Untuk traveller yang nak stay lama dalam group yang besar & jaga bajet, boleh stay sini. 25 LE baru RM6.25. matilahnakkkk. Duk sebulan jom? Ahahaha. (bole whatsapp pemilik ni utk deal : +201006402512). Nak stay hotel pun ada je yang rate murah biasa2. Nak mahal pon hado..

7. PUBLIC TRANSPORT.
Untuk taxi, kena deal betul-betul sebelum naik. Check taxi tu ada meter ke x. Kalau takde meter & tak deal awal-awal, alamatnya kena sembelih la lepas tu. Tapi if deal awal-awal, should be no problem. Bas dia ya ampun orang padat-padat. Memang murah je. Sanggup dengan tak jela nak naik. Ada bas 1 LE & 2 LE. Duit kita ce try bahagi 4? Murah sangat kan? Lagi satu, jangan terkejut bila masuk public transport dia, kita tak tutup pintu lagi dorang dah jalan.huhuhu. Make sure semua orang keluar dulu dari taxi barulah bayar. For safety reason!

8. BAHASA.
Diorang boleh communicate guna English language jugak. Mostly bahasa Arab la. Tapi kalo tempat pelancongan, no worries. Siap kat pasar tu dorang cakap Malay hokey.. “kakak, baju murah-murah. Harga gila..” hahahaha. Kerlas kau!

9. PUBLIC TOILET.
Part ni agak menyedihkan. Kena set mind awal-awal. Jangan high expectation bab ni. Bila kat sana, kau akan rasa bersyukur Malaysia toilet bersih-bersih kat R&R nun. Lepas ni jaga elok-elok toilet kat negara kita. Jangan malas nak flush atau simbah sisa kau tu. Hiks!

10. REFER PAGE FB “PASAR MESIR”.
Actually, apa-apa urusniaga seperti tukaran wang, sewaan homestay, sewaan kereta dan macam-macam perkhidmatan ditawar dalam page ni. Kami banyak rujuk page ni.

11. TOUR.
Part ni syiok sket nak share. Sepanjang kami duk sana 18 hari, kami bukan amik 1 tour dr 1 company je. Kami mix & match susun ikot date yang sesuai. Ada ambik tour. Ada sewa kereta.

12. TOUR BAJET.
Kami dapatkan pakej tour ni dari page “Pasar Mesir”. 3 hari 2 malam ke Matrouh & Siwa dengan harga 325 LE (RM 81.25) termasuk makan, hotel & bus. Aktiviti naik jeep kat sahara (Desert safari) bayar sendiri ye. 240LE (RM60). Boleh search IG diorang. “lahuella_travel”. Ustaz-ustaz yang uruskan tour ni dari Indonesia. Dan mereka sentiasa bagi penerangan detail sepanjang perjalanan. Banyak ilmu diperoleh sepanjang perjalanan. Banyak kawan baru dapat. Dari Singapore, Malaysia, & Thailand.

13. TOUR PRIVATE.
Kami suggest amik tour dari dua orang ustaz kembar ni. FB diorang OILTA TOUR. (Ustaz Abdullah & Ustaz Abdillah dari Indonesia. Serumpun kan. So bahasa tu kita faham. Dan sepanjang kami travel dengan diorang selama 3 hari 2 malam ke Sinai - Dahab, ustaz berdua ni sangat baik & concern dengan keperluan kita. Mereka juga sangat berpengetahuan luas. Semua tempat yang dibawa ziarah akan diberi penerangan. Mereka sangat pakar dalam sejarah-sejarah Mesir & juga kisah para nabi. Kagum je dengar cerita. Sangat berilmu. Btw, diorang akan sambung pengajian peringkat master di univ al-azhar. So no wonder banyak ilmunya. Alhamdulillah. Pakej kami 6600 1 van 15 seater. Kebetulan masa kami pergi ada 1 family dari Melaka yang sama-sama join trip bas tadi nak join trip kami ke Sinai. Sempat deal masa trip bajet tu.hehe... So 6600 = 11 orang; 600LE seorang. RM150. Makan & aktiviti tak include ye.

14. SEWA KERETA.
Untuk trip dekat-dekat yang boleh balik hari kami just sewa Toyota Avanza je. Student kat sana wat bisnes. Sambil-sambil nak berjalan ni, jom la kita menyumbang dengan sewa kereta diorang kan? Contohnya kalau nak ke Giza, Fayoum, Kubu Salehuddin al-ayyubi, Alexandria takyah ambik private tour. Just sewa kereta seharian, dan make sure guna masa tu semaksima mungkin. Jangan pergi 1 tempat je. Macam kami sewa utk pegi Giza, pergi skali ke Kardasah (Syurga Jubah), dan Nile Cruise. Rate sewaan 400LE sekiranya dalam Cairo. 500 LE untuk luar Cairo. Driver pulak kami ambik student al-azhar yang ada lesen memandu la. Ni rate 100-300 LE. Tapi sepanjang hari trip tu, apa kita makan, kita ajak sama la. Sebab cas driver tu bila convert duit kita berapa sangat la. Sian dorang kan? 100 LE baru rm25? Sedih kan? Bagi tips lebih sikit la kalo ada. Anggap sedekah pada orang yang berjihad tuntut ilmu Allah. Moga murah rezeki. (Boleh deal kat page Pasar Mesir untuk sewaan kereta. Susunan tempat kita nak pergi dalam 1 hari tu pun boleh deal. Kalau nak no, bole pm saya ye)

15. POLIS JAGA PELANCONG.
Kalau berhajat nak ke arah Sinai & Dahab, better deal dengan guide yang berpengalaman. Jangan drive kreta sewa sendiri. Sebab nak ke sana kena inform polis awal untuk tujuan keselamatan. Polis akan eskort kereta kita berganti-ganti. Sebabnya kita akan melalui kawasan gurun dan bukit bukau yang tiada orang if jadi ape2. Dan kita jugak akan melalui perkampungan orang arab badwi. Tanpa pengawasan, pelancong dlm risiko. Kena rompak cmtu. Pheww..Roadblock pun banyak sepanjang jalan ni. Make sure dokumen perjalanan lengkap ye!

16. KAWASAN MILITARY.
Sepanjang Terusan Suez adalah kawasan military. Tak boleh snap-snap gambar. Dan ada timing dia bukak & tutup untuk laluan. Sebab tu bila travel guide kita bgtau masa mcm mana, kena patuh. If tengah makan kat hentian mana-mana, settlekan lelaju. Once terlepas, kena tggu next turn. Mau 2-3jam menunggu.

17. JALANRAYA.
Jangan terkejut tengok aliran trafik kat sana. 2 lane jadi 4 lane. Hon sana sini. Ada masa driver kami tutup side mirror takot pecah. Ma kata ma serabut kat jalan raya Cairo. Ahahaha. Kota yang sangat padat. Kat sini nak lintas jalan, kau kena kental. Diorang takkan stop sikit pun! Jalan je, nanti tau-tau la diorang tekan brek.

18. TEMAN.
Perempuan, memang kena berteman nak ke mana-mana. Tambahan pulak sebelah malam. Untuk keselamatan. PENTING!

19. JAGA ADAB.
Diorang ni kadang-kadang cakap pun macam gaduh. Bergurau pun macam gaduh. Tapi memang ada pun kaki gaduh. Kami jumpa jugak beberapa kali. Nampak depan mata. Cecepat blah. Lari jauh-jauh. Phewww.. yang penting, kita jaga adab la kan kalo tak nak cari gado kat tempat orang?

20. TELITI MASA JUAL BELI.
Make sure masa diorang pulangkan duit baki, kira & perhati betul-betul note tu. Sebab ada yang confuse note 50 LE dengan 50 Nus. Sepatutnya kita bagi 50 nus, tapi kita bagi 50 LE. Rugiiiiiii.. ehehehe. Extra careful part ni okey?

21. SURAU.
Kadang-kadang agak susah cari surau. Bukan sebab diorang tak solat. Bukan. Bukan. Bukan. Tapi sebab diorang jenis time azan bunyi, kat mana kau ada, kat situ la kau solat. Tepi-tepi jalan pun dorang solat. Ni pemandangan biasa. Surau @ masjid takde sediakan telekung ye. So pkai la pakaian yang boleh bawak solat. Atau nak jugak stylo mylo, bawak la telekung sendiri.

22. NASI MAHAL, ROTI FREE.
Kat sana bila kita order lauk cam ayam bakar sekoq ke, terus akan dapat salad fresh, sos kale krim & roti automatic. Cam pakej. Order seafood pon sama. Tapi bila order nasi, cas dia dah lain. Kadang tu 4 pinggan nasi lagi mahal dari harg seekor ayam golek! Tapi perut melayu kan. Nak nasi jugak.hehehe.

23. STROLLER BABY.
Bentuk muka bumi Egypt tidak sesuai bawak stroller. Devider tepi jalan pun tak rata & berpasir. Stroller ni berguna masa kat airport & dalam mall je. Outdoor memang out terus. Pasar dia padat. Memang tak boleh nak tolak stroller la senang cerita.

24. HUJAN PASIR.
Kalo kat Malaysia hujan air je pon kita dah merungut. Kat sana bila angin kuat, nak bukak mata pon tak boleh. No wonder diorang pakai purdah. Keluar jalan-jalan seharian, balik rumah kompem penuh tank taik idung tu haaaaa…hahahah!! Dan kadang-kadang kat highway akan jem teruk sebab ni. Bila kat depan hujan rebut, orang arab akan keluar kereta & lepak2 borak2 santai.. panjat2 atas kereta dan usha dah habis ke belum ribut pasir tu. Cool je dorang..

25. JUALBELI.
Kalau nak tawar menawar, orang lelaki jangan masuk campur. Memang pak arab akan berkeras. So kasi can kat aweks2 je tawar-tawar harga. Kompem dapat. Dan macam tadi jugak, deal harga dulu sebelum pilih banyak-banyak barang yang kita nak.

26. LANTAI TOILET MESTI KERING.
Mostly toilet hotel yang kami pergi dorang akan sediakan alat tolak air tu. Bila tanya, rupanya lantai toilet dorang tak boleh biarkan basah. Nanti air tu meresap masuk lantai dan tembus ke tingkat bawah. Ayoyo! Make sure lantai toilet kering ya!

27. PERKHIDMATAN BERBAYAR.
Sepanjang disana kami di beritahu jangan terima apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan sewenang-wenang nya kalau tak perlu. Kang tak pasal-pasal dia cas. Kita ingatkan nak tolong. Ehehe.

28. BERHATI-HATI.
Semua barangan anda kena jaga hati-hati. Even kasut@ selipar diorang akan bawak masuk dalam surau. So, gilir-gilir la dengan kawan @ family bila nak bersolat kalau tak nak kluar nanti berkaki ayam. Keh3.

29. KRISTIAN & ISLAM.
Di Egypt susah nak bezakan Islam atau Kristian sebab pakaian lebih kurang sama, bagi salam jugak. So cara tengok, kat pergelangan tangan ada tatu salib tu kristian.

30. MAKANAN.
Kat Egypt banyak makanan yang berasaskan roti. Dan jangan risau, tekak kita boleh je terima. Saya paling suka Hawawshi (macam murtabak daging- tapi rangup kat luar), Crepe (lempeng yang rangup, isi dalam dia isi ayam goreng bersalut tepung, cheese & tomato), Tokmiyah (Biasa masa sarapan jual ni. Bentuk macam roti pita, dalam dia isi sayur fresh potong & sayur yang di blend bersama kacang kuning, goring garing-garing). Nasi mandy nyum! Nyum! Sedap! So no worries part makan. Murah je.

31. BARANG MURAH.
Kami 3 hari ke pasar Husin & pasar Atabah, kedua-dua pasar ni sebelah-sebelah je. Tapi besar sangatttt dan sesak. Nak cari souvenir, sini lah tempatnya. Barang-barang yang best untuk shopping kat kedua-dua pasar ni ialah set Tefal, set cadar Lace, lace untuk baju, kain-kain pasang, jubbah-jubah, perfume..aishhhh..banyak lah. Tanya harga, convert ke harga Malaysia, terus sawan nak beli semua! Ahahaha. BTW, anak kecik tak sesuai ke tempat ni. Kami bergilir jaga anak kat bilik kalau nak pergi. Sesak. Kesian anak nanti.

32. Bawa supplement supaya anda tak sunburn, tak cepat demam berhadapan dengan cuaca sejuk, atau sakit kaki lutut sebab banyak berjalan. Dan semestinya Shaklee teman setia saya. ececeh. sempat promot.keh3. seriuously!
Perbelanjaan sepanjang 18 hari termasuk shopping kami tukar RM9 000 ke USD note. So total tiket flight + belanja 5 orang sepanjang kat sana dalam RM 18 000+. Dan semestinya bukan duit tu ada in a blink! kami tak kaya pun. Tapi kumpul sikit-sikit. Tiap kali gaji tukar 200-300 USD. Mula-mula ingat tak cukup. Tapi alhamdulillah.. cukup. Makan kat sana tak perlu kami ikat perut pun. Ayam golek kat sana baru 60LE (RM 15). Syurga makanan & syurga shopping!
Setakat ini saja untuk kali ni. Mula-mula rasa 18 hari lama stay sana. Tapi sebenarnya tak cukup masa nak cover Luxor & Aswan. Macam kena extend lagi 1 week. Nak tanya pape, boleh pm for details

3 comments:

  1. Menarik perkongsian ini. Ble bg maklumat tentang baju dan kasut yg sesuai unt pakai semasa di mesir pada bulan september. Rasa cuaca sejuk. Tp tk tau sejuk tahap mana tu. πŸ˜€

    ReplyDelete
  2. Maaf untuk percutian bulan disember ini... (hai nmpk excited sampai tertulis bulan september) πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  3. Play casino - No.1 for the Casino Guru
    No longer have the septcasino opportunity to 좜μž₯μ•ˆλ§ˆ go to communitykhabar the casinos or read 1λ“± μ‚¬μ΄νŠΈ the reviews of the slots you love. But they're not always the same. Sometimes you sol.edu.kg have a new online

    ReplyDelete