Saturday, 31 December 2016

Tips berwuduk jika mengembara di luar negara


Tips bagi umat islam yang gemar mengembara.

Sememangnya amat sukar berwuduk di tandas awam terutama di luar negara di mana membasahkan lantai adalah DILARANG SAMA SEKALI.

Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan kepada umat Islam. Semasa mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi s.a.w. kencing, kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua khufnya”.

Ciri-ciri Khuf ?
1. Menutupi keseluruhan kaki yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk, iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.
2. Hendaklah tahan dibawa berjalan berterusan selama sehari semalam bagi orang yang berada dalam negeri atau tiga hari tiga malam bagi musafir.
3. Hendaklah dari bahan yang suci, bukan najis. Oleh demikian, tidak harus menyapu khuf (kasut) yang dibuat dari kulit babi atau anjing atau kulit binatang yang belum disamak.

No comments:

Post a Comment