Saturday, 31 December 2016

TIPS JIMAT RM31.60 UNTUK TIKET TREN ERL KE KLIA

Sejak 1 Januari 2016, harga tiket ERL telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55. Pasti ramai yang terkesan terutamanya 'Kaki Travel' akibat kenaikan mendadak ini.
.
Kali ini, kami di Cilideals nak kongsikan satu tips untuk jimat RM31.60 untuk tiket tren KLIA Transit dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
.
BAGAIMANA CARANYA?
.
.
1. Dari KL Sentral, beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya. Kos hanya RM14.00.
.
2. Di stesen Putrajaya, keluar di stesen, naik lif/ eskalator, dan beli tiket ke KLIA. Kos hanya RM9.40. Jadi jumlah kos tiket hanya RM23.40, dapat jimat sebanyak RM31.60 atau lebih dari 50%.
.
3. Tunggu tren seterusnya ke KLIA, biasanya dalam 15-20 min sahaja.
Cek jadual tren di sini untuk merancang.
https://www.kliaekspres.com/…/KE-KT-Train-Times-141116-Fina…
.
4. Senyum dan ucap Alhamdulillah dapat jimat banyak. :)
.
Tips tambahan
- Guna Touch N Go untuk jimat masa.
- Boleh juga transit di Bandar Tasik Selatan / Salak Tinggi. Stesen Putrajaya menjadi pilihan utama kami kerana platform tidak terlalu jauh dengan kaunter tiket., dan ada kemudahan lif.

No comments:

Post a Comment