Nak travel budget? Korang pernah tempah bilik guna apps AirBNB? Tahu tak apa itu AirBNB? Jom kita baca tips ni.
-Apa itu Airbnb?
-Boleh percaya ke Airbnb ini? Tak kena tipu?
-Adakah selamat menginap sekali dengan tuan rumah?
Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal, khas untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com
mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di
192 buah negara di seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan
yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis
kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Untuk maklumat, semua transaksi pembayaran dibuat melalui laman web
Airbnb dan bukannya secara terus dengan tuan rumah. Jadi kebarangkalian
untuk ditipu adalah sangat tipis. Sekiranya ada, anda boleh terus
berhubung dengan pihak Airbnb dan tuan rumah tersebut boleh disenarai
hitam jika didapati menipu.
Soalan ini juga mungkin bermain di
fikiran anda. Secara umumnya bagi saya adalah selamat, tiada masalah,
bahkan anda sendiri akan merasai pengalaman unik duduk dengan orang
tempatan serta dapat mengenali budaya setempat dengan lebih mendalam
yang tidak mungkin akan dapat di hotel.
Sebelum anda membuat
tempahan bilik, semak dulu beberapa maklumat penting seperti di bawah
untuk lebih keselesaan bila sampai nanti :
1. Baca maklum balas
(review) dari bekas penyewa, jika rating yang diberikan sangat baik,
mungkin bilik tersebut pilihan terbaik untuk anda.
2. Cari bilik atau rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, wifi dan dapur memasak.
3. Untuk lebih yakin, lihat dipenjuru kanan setiap gambar bilik yang
dipaparkan, jika ada tanda watermark ‘A’, bermakna gambar tersebut telah
ditangkap oleh jurufoto profesional dari Airbnb sendiri.
4.
Sebelum membuat tempahan, anda juga boleh berhubung dengan tuan rumah
melalui ruang mesej di Airbnb, anda boleh tanya apa sahaja soalan
sehingga anda rasa berpuas hati, anda juga boleh cuba tawar menawar
harga dengan tuan rumah, jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat
diskaun.
5. Selepas anda menginap, anda boleh tinggalkan maklum
balas di Airbnb tentang pengalaman bermalam di rumah tersebut, begitu
juga dengan tuan rumah, jadi kedua-dua belah pihak perlu berkelakuan
sebaik yang mungkin.
Bagaimana Caranya Buat Tempahan Bilik Airbnb Ini?
-Daftar akaun di Airbnb
-Pilih destinasi dan tetapkan tarikh check-in & check-out.
-Pilih rumah atau bilik yang berkenan di hati.
-Buat permohonan untuk tempah bilik.
-Masukkan butiran pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.
-Klik butang Submit.
-Tunggu sehingga tuan rumah beri maklum balas samada menerima atau menolak tempahan anda
No comments:
Post a Comment