1. Leather jacket
2. Set baju tidur (2 set)
3. Long sleeve tshirt (2)
4. Winter pants (1)
5. Long pants (1)
6. Thermal (2 set)
7. Glove (1)
8. Muffler (1)
9. Wool socks (2)
10. Fleece
11. Winter boots waterproof
Saturday, 31 December 2016
TIPS JIMAT RM31.60 UNTUK TIKET TREN ERL KE KLIA
Sejak 1
Januari 2016, harga tiket ERL telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55.
Pasti ramai yang terkesan terutamanya 'Kaki Travel' akibat kenaikan
mendadak ini.
.
Kali ini, kami di Cilideals nak kongsikan satu tips untuk jimat RM31.60 untuk tiket tren KLIA Transit dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
.
BAGAIMANA CARANYA?
.
.
1. Dari KL Sentral, beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya. Kos hanya RM14.00.
.
2. Di stesen Putrajaya, keluar di stesen, naik lif/ eskalator, dan beli tiket ke KLIA. Kos hanya RM9.40. Jadi jumlah kos tiket hanya RM23.40, dapat jimat sebanyak RM31.60 atau lebih dari 50%.
.
3. Tunggu tren seterusnya ke KLIA, biasanya dalam 15-20 min sahaja.
Cek jadual tren di sini untuk merancang.
https://www.kliaekspres.com/…/KE-KT-Train-Times-141116-Fina…
.
4. Senyum dan ucap Alhamdulillah dapat jimat banyak.
:)
.
Tips tambahan
- Guna Touch N Go untuk jimat masa.
- Boleh juga transit di Bandar Tasik Selatan / Salak Tinggi. Stesen Putrajaya menjadi pilihan utama kami kerana platform tidak terlalu jauh dengan kaunter tiket., dan ada kemudahan lif.

Bagaimana memohon airbnb? Ikuti langkah dibawah
Nak travel budget? Korang pernah tempah bilik guna apps AirBNB? Tahu tak apa itu AirBNB? Jom kita baca tips ni.
-Apa itu Airbnb?
-Boleh percaya ke Airbnb ini? Tak kena tipu?
-Adakah selamat menginap sekali dengan tuan rumah?
Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal, khas untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di 192 buah negara di seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Untuk maklumat, semua transaksi pembayaran dibuat melalui laman web Airbnb dan bukannya secara terus dengan tuan rumah. Jadi kebarangkalian untuk ditipu adalah sangat tipis. Sekiranya ada, anda boleh terus berhubung dengan pihak Airbnb dan tuan rumah tersebut boleh disenarai hitam jika didapati menipu.
Soalan ini juga mungkin bermain di fikiran anda. Secara umumnya bagi saya adalah selamat, tiada masalah, bahkan anda sendiri akan merasai pengalaman unik duduk dengan orang tempatan serta dapat mengenali budaya setempat dengan lebih mendalam yang tidak mungkin akan dapat di hotel.
Sebelum anda membuat tempahan bilik, semak dulu beberapa maklumat penting seperti di bawah untuk lebih keselesaan bila sampai nanti :
1. Baca maklum balas (review) dari bekas penyewa, jika rating yang diberikan sangat baik, mungkin bilik tersebut pilihan terbaik untuk anda.
2. Cari bilik atau rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, wifi dan dapur memasak.
3. Untuk lebih yakin, lihat dipenjuru kanan setiap gambar bilik yang dipaparkan, jika ada tanda watermark ‘A’, bermakna gambar tersebut telah ditangkap oleh jurufoto profesional dari Airbnb sendiri.
4. Sebelum membuat tempahan, anda juga boleh berhubung dengan tuan rumah melalui ruang mesej di Airbnb, anda boleh tanya apa sahaja soalan sehingga anda rasa berpuas hati, anda juga boleh cuba tawar menawar harga dengan tuan rumah, jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat diskaun.
5. Selepas anda menginap, anda boleh tinggalkan maklum balas di Airbnb tentang pengalaman bermalam di rumah tersebut, begitu juga dengan tuan rumah, jadi kedua-dua belah pihak perlu berkelakuan sebaik yang mungkin.
Bagaimana Caranya Buat Tempahan Bilik Airbnb Ini?
-Daftar akaun di Airbnb
-Pilih destinasi dan tetapkan tarikh check-in & check-out.
-Pilih rumah atau bilik yang berkenan di hati.
-Buat permohonan untuk tempah bilik.
-Masukkan butiran pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.
-Klik butang Submit.
-Tunggu sehingga tuan rumah beri maklum balas samada menerima atau menolak tempahan anda

Ketahui hak anda jika flight delay
Korang mesti pernah rasa
jika flight delay kan? Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat
penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan.
Untuk makluman korang, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.

Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah:
1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih.
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.
3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih.
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.
4. Jika penerbangan dibatalkan.
Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.
Sumber : First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016.

7 tips untuk beli tket flight murah
1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli
tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan
sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana
syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa
tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti
kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat,
Sabtu atau Ahad.
2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21
hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat
penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak
jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan
kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang
sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa
Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket
pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat
harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata,
sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan
margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari
Kuala Lumpur ke London.
3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba
korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan
syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari
kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya
kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang
mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.
4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11
hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang
kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.
5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang
bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya,
kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk
mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya
korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan
Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari
Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!
6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba,
telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web
penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem
tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok
laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan
harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang
kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat
padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete
sila tanya Encik Google!
7. Bandingkan Harga
Jangan malas
untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat
laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web
sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga
tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut
merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software
Tips berwuduk jika mengembara di luar negara
Tips bagi umat islam yang gemar mengembara.
Sememangnya amat sukar berwuduk di tandas awam terutama di luar negara di
mana membasahkan lantai adalah DILARANG SAMA
SEKALI.
Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan kepada umat Islam. Semasa
mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya.
Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki.
Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau
yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi
s.a.w. kencing, kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua
khufnya”.
Ciri-ciri Khuf ?
1. Menutupi keseluruhan kaki yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk,
iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.
2. Hendaklah tahan dibawa berjalan berterusan selama sehari semalam bagi orang
yang berada dalam negeri atau tiga hari tiga malam bagi musafir.
3. Hendaklah dari bahan yang suci, bukan najis. Oleh demikian, tidak harus
menyapu khuf (kasut) yang dibuat dari kulit babi atau anjing atau kulit
binatang yang belum disamak.
32 tips untuk anda ke Mesir
1. BELI TIKET AWAL UNTUK HARGA LEBIH MURAH.
Kami beli tiket pada bulan Mei untuk percutian bulan Disember.
2. BANDINGKAN HARGA TIKET SEBELUM BELI.
Kami membandingkan harga tiket ke Cairo menggunakan ‘skyscanner’ & ‘cheapflight’. Akhirnya kami decide beli thru cheapflight. RM1750 seorang utk return flight. So utk kami berlima total RM 9, 226; termasuk cas kredit card dan premium service dari cheapflight sekiranya ada perubahan date penerbangan dia akan sms laju-laju bagitau.
3. BARANG TERLARANG.
Jangan duk bawak la kan. Sebab kat sana agak rapi jugak cek. Kena tanggal-tanggal kasut masa nak scan badan tu. Even saya bawak supplemen pun dorang cam tahan skejap luggage tu. Lepas explain tu supplemen, alhamdulillah lepas.
4. BAWA WANG USD.
Tukar duit RM ke USD siap-siap. Rate USD best bila tukar duit Pound Egypt (LE). Rate masa kami kat sana (25 nov – 12 Dec 2016) 100 USD bersamaan 1750 LE. Atau kalau convert duit Malaysia; RM100 bersamaan 400 LE. WOW! Best kan? Rasa kaya kejap. Hikhik. Duit kita mahal 4x ganda dari duit Pound Egypt.
5. TUKARAN WANG.
Jangan tukar duit di money changer bila kat sana. Rate rendah. So kami call ejen tukar duit, dorang datang jumpa kat tempat penginapan kita. Rate sangat berbeza dengan money changer. Part ni student al-azhar yang ajarkan kami. Hehehe.
6. HOMESTAY BAJET.
Di Cairo ada sediakan homestay serendah 25 LE seorang 1malam. Untuk traveller yang nak stay lama dalam group yang besar & jaga bajet, boleh stay sini. 25 LE baru RM6.25. matilahnakkkk. Duk sebulan jom? Ahahaha. (bole whatsapp pemilik ni utk deal : +201006402512). Nak stay hotel pun ada je yang rate murah biasa2. Nak mahal pon hado..
7. PUBLIC TRANSPORT.
Untuk taxi, kena deal betul-betul sebelum naik. Check taxi tu ada meter ke x. Kalau takde meter & tak deal awal-awal, alamatnya kena sembelih la lepas tu. Tapi if deal awal-awal, should be no problem. Bas dia ya ampun orang padat-padat. Memang murah je. Sanggup dengan tak jela nak naik. Ada bas 1 LE & 2 LE. Duit kita ce try bahagi 4? Murah sangat kan? Lagi satu, jangan terkejut bila masuk public transport dia, kita tak tutup pintu lagi dorang dah jalan.huhuhu. Make sure semua orang keluar dulu dari taxi barulah bayar. For safety reason!
8. BAHASA.
Diorang boleh communicate guna English language jugak. Mostly bahasa Arab la. Tapi kalo tempat pelancongan, no worries. Siap kat pasar tu dorang cakap Malay hokey.. “kakak, baju murah-murah. Harga gila..” hahahaha. Kerlas kau!
9. PUBLIC TOILET.
Part ni agak menyedihkan. Kena set mind awal-awal. Jangan high expectation bab ni. Bila kat sana, kau akan rasa bersyukur Malaysia toilet bersih-bersih kat R&R nun. Lepas ni jaga elok-elok toilet kat negara kita. Jangan malas nak flush atau simbah sisa kau tu. Hiks!
10. REFER PAGE FB “PASAR MESIR”.
Actually, apa-apa urusniaga seperti tukaran wang, sewaan homestay, sewaan kereta dan macam-macam perkhidmatan ditawar dalam page ni. Kami banyak rujuk page ni.
11. TOUR.
Part ni syiok sket nak share. Sepanjang kami duk sana 18 hari, kami bukan amik 1 tour dr 1 company je. Kami mix & match susun ikot date yang sesuai. Ada ambik tour. Ada sewa kereta.
12. TOUR BAJET.
Kami dapatkan pakej tour ni dari page “Pasar Mesir”. 3 hari 2 malam ke Matrouh & Siwa dengan harga 325 LE (RM 81.25) termasuk makan, hotel & bus. Aktiviti naik jeep kat sahara (Desert safari) bayar sendiri ye. 240LE (RM60). Boleh search IG diorang. “lahuella_travel”. Ustaz-ustaz yang uruskan tour ni dari Indonesia. Dan mereka sentiasa bagi penerangan detail sepanjang perjalanan. Banyak ilmu diperoleh sepanjang perjalanan. Banyak kawan baru dapat. Dari Singapore, Malaysia, & Thailand.
13. TOUR PRIVATE.
Kami suggest amik tour dari dua orang ustaz kembar ni. FB diorang OILTA TOUR. (Ustaz Abdullah & Ustaz Abdillah dari Indonesia. Serumpun kan. So bahasa tu kita faham. Dan sepanjang kami travel dengan diorang selama 3 hari 2 malam ke Sinai - Dahab, ustaz berdua ni sangat baik & concern dengan keperluan kita. Mereka juga sangat berpengetahuan luas. Semua tempat yang dibawa ziarah akan diberi penerangan. Mereka sangat pakar dalam sejarah-sejarah Mesir & juga kisah para nabi. Kagum je dengar cerita. Sangat berilmu. Btw, diorang akan sambung pengajian peringkat master di univ al-azhar. So no wonder banyak ilmunya. Alhamdulillah. Pakej kami 6600 1 van 15 seater. Kebetulan masa kami pergi ada 1 family dari Melaka yang sama-sama join trip bas tadi nak join trip kami ke Sinai. Sempat deal masa trip bajet tu.hehe... So 6600 = 11 orang; 600LE seorang. RM150. Makan & aktiviti tak include ye.
14. SEWA KERETA.
Untuk trip dekat-dekat yang boleh balik hari kami just sewa Toyota Avanza je. Student kat sana wat bisnes. Sambil-sambil nak berjalan ni, jom la kita menyumbang dengan sewa kereta diorang kan? Contohnya kalau nak ke Giza, Fayoum, Kubu Salehuddin al-ayyubi, Alexandria takyah ambik private tour. Just sewa kereta seharian, dan make sure guna masa tu semaksima mungkin. Jangan pergi 1 tempat je. Macam kami sewa utk pegi Giza, pergi skali ke Kardasah (Syurga Jubah), dan Nile Cruise. Rate sewaan 400LE sekiranya dalam Cairo. 500 LE untuk luar Cairo. Driver pulak kami ambik student al-azhar yang ada lesen memandu la. Ni rate 100-300 LE. Tapi sepanjang hari trip tu, apa kita makan, kita ajak sama la. Sebab cas driver tu bila convert duit kita berapa sangat la. Sian dorang kan? 100 LE baru rm25? Sedih kan? Bagi tips lebih sikit la kalo ada. Anggap sedekah pada orang yang berjihad tuntut ilmu Allah. Moga murah rezeki. (Boleh deal kat page Pasar Mesir untuk sewaan kereta. Susunan tempat kita nak pergi dalam 1 hari tu pun boleh deal. Kalau nak no, bole pm saya ye)
15. POLIS JAGA PELANCONG.
Kalau berhajat nak ke arah Sinai & Dahab, better deal dengan guide yang berpengalaman. Jangan drive kreta sewa sendiri. Sebab nak ke sana kena inform polis awal untuk tujuan keselamatan. Polis akan eskort kereta kita berganti-ganti. Sebabnya kita akan melalui kawasan gurun dan bukit bukau yang tiada orang if jadi ape2. Dan kita jugak akan melalui perkampungan orang arab badwi. Tanpa pengawasan, pelancong dlm risiko. Kena rompak cmtu. Pheww..Roadblock pun banyak sepanjang jalan ni. Make sure dokumen perjalanan lengkap ye!
16. KAWASAN MILITARY.
Sepanjang Terusan Suez adalah kawasan military. Tak boleh snap-snap gambar. Dan ada timing dia bukak & tutup untuk laluan. Sebab tu bila travel guide kita bgtau masa mcm mana, kena patuh. If tengah makan kat hentian mana-mana, settlekan lelaju. Once terlepas, kena tggu next turn. Mau 2-3jam menunggu.
17. JALANRAYA.
Jangan terkejut tengok aliran trafik kat sana. 2 lane jadi 4 lane. Hon sana sini. Ada masa driver kami tutup side mirror takot pecah. Ma kata ma serabut kat jalan raya Cairo. Ahahaha. Kota yang sangat padat. Kat sini nak lintas jalan, kau kena kental. Diorang takkan stop sikit pun! Jalan je, nanti tau-tau la diorang tekan brek.
18. TEMAN.
Perempuan, memang kena berteman nak ke mana-mana. Tambahan pulak sebelah malam. Untuk keselamatan. PENTING!
19. JAGA ADAB.
Diorang ni kadang-kadang cakap pun macam gaduh. Bergurau pun macam gaduh. Tapi memang ada pun kaki gaduh. Kami jumpa jugak beberapa kali. Nampak depan mata. Cecepat blah. Lari jauh-jauh. Phewww.. yang penting, kita jaga adab la kan kalo tak nak cari gado kat tempat orang?
20. TELITI MASA JUAL BELI.
Make sure masa diorang pulangkan duit baki, kira & perhati betul-betul note tu. Sebab ada yang confuse note 50 LE dengan 50 Nus. Sepatutnya kita bagi 50 nus, tapi kita bagi 50 LE. Rugiiiiiii.. ehehehe. Extra careful part ni okey?
21. SURAU.
Kadang-kadang agak susah cari surau. Bukan sebab diorang tak solat. Bukan. Bukan. Bukan. Tapi sebab diorang jenis time azan bunyi, kat mana kau ada, kat situ la kau solat. Tepi-tepi jalan pun dorang solat. Ni pemandangan biasa. Surau @ masjid takde sediakan telekung ye. So pkai la pakaian yang boleh bawak solat. Atau nak jugak stylo mylo, bawak la telekung sendiri.
22. NASI MAHAL, ROTI FREE.
Kat sana bila kita order lauk cam ayam bakar sekoq ke, terus akan dapat salad fresh, sos kale krim & roti automatic. Cam pakej. Order seafood pon sama. Tapi bila order nasi, cas dia dah lain. Kadang tu 4 pinggan nasi lagi mahal dari harg seekor ayam golek! Tapi perut melayu kan. Nak nasi jugak.hehehe.
23. STROLLER BABY.
Bentuk muka bumi Egypt tidak sesuai bawak stroller. Devider tepi jalan pun tak rata & berpasir. Stroller ni berguna masa kat airport & dalam mall je. Outdoor memang out terus. Pasar dia padat. Memang tak boleh nak tolak stroller la senang cerita.
24. HUJAN PASIR.
Kalo kat Malaysia hujan air je pon kita dah merungut. Kat sana bila angin kuat, nak bukak mata pon tak boleh. No wonder diorang pakai purdah. Keluar jalan-jalan seharian, balik rumah kompem penuh tank taik idung tu haaaaa…hahahah!! Dan kadang-kadang kat highway akan jem teruk sebab ni. Bila kat depan hujan rebut, orang arab akan keluar kereta & lepak2 borak2 santai.. panjat2 atas kereta dan usha dah habis ke belum ribut pasir tu. Cool je dorang..
25. JUALBELI.
Kalau nak tawar menawar, orang lelaki jangan masuk campur. Memang pak arab akan berkeras. So kasi can kat aweks2 je tawar-tawar harga. Kompem dapat. Dan macam tadi jugak, deal harga dulu sebelum pilih banyak-banyak barang yang kita nak.
26. LANTAI TOILET MESTI KERING.
Mostly toilet hotel yang kami pergi dorang akan sediakan alat tolak air tu. Bila tanya, rupanya lantai toilet dorang tak boleh biarkan basah. Nanti air tu meresap masuk lantai dan tembus ke tingkat bawah. Ayoyo! Make sure lantai toilet kering ya!
27. PERKHIDMATAN BERBAYAR.
Sepanjang disana kami di beritahu jangan terima apa-apa perkhidmatan yang ditawarkan sewenang-wenang nya kalau tak perlu. Kang tak pasal-pasal dia cas. Kita ingatkan nak tolong. Ehehe.
28. BERHATI-HATI.
Semua barangan anda kena jaga hati-hati. Even kasut@ selipar diorang akan bawak masuk dalam surau. So, gilir-gilir la dengan kawan @ family bila nak bersolat kalau tak nak kluar nanti berkaki ayam. Keh3.
29. KRISTIAN & ISLAM.
Di Egypt susah nak bezakan Islam atau Kristian sebab pakaian lebih kurang sama, bagi salam jugak. So cara tengok, kat pergelangan tangan ada tatu salib tu kristian.
30. MAKANAN.
Kat Egypt banyak makanan yang berasaskan roti. Dan jangan risau, tekak kita boleh je terima. Saya paling suka Hawawshi (macam murtabak daging- tapi rangup kat luar), Crepe (lempeng yang rangup, isi dalam dia isi ayam goreng bersalut tepung, cheese & tomato), Tokmiyah (Biasa masa sarapan jual ni. Bentuk macam roti pita, dalam dia isi sayur fresh potong & sayur yang di blend bersama kacang kuning, goring garing-garing). Nasi mandy nyum! Nyum! Sedap! So no worries part makan. Murah je.
31. BARANG MURAH.
Kami 3 hari ke pasar Husin & pasar Atabah, kedua-dua pasar ni sebelah-sebelah je. Tapi besar sangatttt dan sesak. Nak cari souvenir, sini lah tempatnya. Barang-barang yang best untuk shopping kat kedua-dua pasar ni ialah set Tefal, set cadar Lace, lace untuk baju, kain-kain pasang, jubbah-jubah, perfume..aishhhh..banyak lah. Tanya harga, convert ke harga Malaysia, terus sawan nak beli semua! Ahahaha. BTW, anak kecik tak sesuai ke tempat ni. Kami bergilir jaga anak kat bilik kalau nak pergi. Sesak. Kesian anak nanti.
32. Bawa supplement supaya anda tak sunburn, tak cepat demam berhadapan dengan cuaca sejuk, atau sakit kaki lutut sebab banyak berjalan. Dan semestinya Shaklee teman setia saya. ececeh. sempat promot.keh3. seriuously!
Perbelanjaan sepanjang 18 hari termasuk shopping kami tukar RM9 000 ke USD note. So total tiket flight + belanja 5 orang sepanjang kat sana dalam RM 18 000+. Dan semestinya bukan duit tu ada in a blink! kami tak kaya pun. Tapi kumpul sikit-sikit. Tiap kali gaji tukar 200-300 USD. Mula-mula ingat tak cukup. Tapi alhamdulillah.. cukup. Makan kat sana tak perlu kami ikat perut pun. Ayam golek kat sana baru 60LE (RM 15). Syurga makanan & syurga shopping!
Setakat ini saja untuk kali ni. Mula-mula rasa 18 hari lama stay sana. Tapi sebenarnya tak cukup masa nak cover Luxor & Aswan. Macam kena extend lagi 1 week. Nak tanya pape, boleh pm for details
Sunday, 18 September 2016
Persediaan gajet
Gadget:
1. Extension cable
2. Tripod
3. Olympus mirrorless camera & 2 lense
4. Gopro hero 4 black edition
5. Extra phone for backup
6. Ipad (transfer gambar)
7. Universal travel adaptor
8. Power bank
9. Earphone
10. Power cable
1. Extension cable
2. Tripod
3. Olympus mirrorless camera & 2 lense
4. Gopro hero 4 black edition
5. Extra phone for backup
6. Ipad (transfer gambar)
7. Universal travel adaptor
8. Power bank
9. Earphone
10. Power cable
Subscribe to:
Posts (Atom)