Wednesday, 15 February 2017

20 tips kselematan untuk travel wanita

oleh: Anis atikah

Assalamualaikum wb,

Seperti yang dijanjikan, saya akan share sedikit security tips sepanjang di Europe. Especially, untuk yang perempuan. Sama ada kalian travel sorang atau pun sesama kawan-kawan. Moga bermanfaat. =)

1. Pick-pocket. I experienced this in Rome. Almost menjadi mangsa. Berlaku di dalam train. Mcam subway gitu.Masa tu keadaan agak pack. Alhamdulillah, Allah masih lindung.
Macam mana nak cam? Pick-pocket nie x kisah lelaki atau perempuan. Normally, muda. Dan masa sy kena, dia berpakaian spt dlm gambar. Pakai winter wear yang labuh. Cukup untuk cover tangan dia semasa giat merayap selongkar beg kita. I was lucky sbb beg tu mcm susah nak buka n byk barang dan juga sebab I cepat beralih drp org tersebut. Sebab dia himpit kita rapat sgt. suasana agak kecoh dlm train once I spotted what she was trying to do. The pick pocket ran away after tekan emergency button. And all people inside the train were looking at me and asking “did she take anything from you?” dalam Bahasa Italy, konon2 faham…haha…

2. If possible, bawak beg yang mcm dalam pic…the one yang berwarna kuning. Susah sikit nak bukak. 

3. Saya biasa pegang beg macam dalam gambar di bawah jika masuk subway. Tapi masa dekat Rome, entah macam mana terlupa sekejap. So far, bila pegang beg mcm tu saya selamat. Dapat elak jd mangsa.

4. Jangan layan orang yang konon2 nak mintak derma, suh tdtgn petition ke apa ke. Itu semua strategi untuk mendapatkan duit. Di Paris ada banyak orang macam nie. Di Venice pun ada. Di Venice saya terkena. Hehe. Tapi x pe, kira niat baik ms tu nk tlg.

5. Jangan ambik bunga ros free yang diorang bg. Normally, mereka nie Gypsi. Kalau awak ambik, mereka akan kejar awak dan minta awk bayar. Dan awak WAJIB bayar sebab awak dah ambik. No return policy. Nie dekat Italy, France. 

6. Di area Eiffel Tower, akan ada orang datang borak-borak dengan awak. JANGAN layan. Sebab nnt dia panggil geng dia datang dekat. Sedar-sedar, awak dah hilang barang awak. Mereka akan berlakon macam buat-buat tanya direction lah, buat2 x faham Bahasa inggeris and nk mintak bantuan lah…macam2…hati-hati…orang yang berjalan berkumpulan atau dengan pasangan pun terkena dengan teknik ini…

7. Kebanyakan tempat, awak akan jumpa banyak peminta sedekah. Kebanyakannya, berupa macam orang islam. Most of them dari Romania. Jangan terkejut kalau ada yang bagi salam, sebut nama Allah dan sedekah. Di sini, terserah pd kalian nak bagi ke tak. Saya choose untuk keras hati sebab risau ramai lagi yang akan datang. As I am travelling alone. Safety is my priority.

8. Di turki, budak2 akan datang peluk awak minta belas kasihan. Tp jaga2 dengan barang sebab kita tak pasti kot diorg ada ambik apa2. Di sini, jika awak bagi dekat seorang budak, budak2 yang lain akan datang juga. Again, be careful.

9. Dalam train metro/subway, akan ada orang sembahyang. Macam berdoa dengan kuat after habis bacaan doa, dia akan datang minta duit sambil bawak tabung/cawan.

10. Jangan senyum. Sebab bila you senyum indicates you nak berkenalan and sudi ke bilik tidur bersama. Ini masa jalan-jalanlah. Mereka suka orang luar especially yang bertudung. Sebab senang nak mark and mungkin senang untuk djadikan mangsa. Again, it is ok to be nice. Just be careful. When in Paris, I was sitting alone on the bench waiting for my train to Frankfurt. Ada beberapa orang di hadapan dan di sebelah saya. Suddenly, Ada seorang lelaki kulit putih datang duk sebelah. Dia taip dengan hp dia “I want to be your friend” and tunjuk dekat saya. Saya cakap saya xfaham Bahasa inggeris dan buat2 blur. Dia buat cubaan lagi sekali ajak berkawan, again saya tolak dan cakap 
macam “saya x faham apa yang awak tulis” dengan mimic muka blurr…lepas tu, dia give up and then left. 

11. Never trust people who suddenly offered to help you. Contohnya, you baru sampai. And then you macam blur x tau arah. Tetiba ada orang datang kata, where are you going? You pun tunjuk address….dia kata dia boleh tlg bawakkan. Last2 dia tipu. Dia nak rape and ambik barang you. I experienced this in Milan. The worst part is dia kata, saya pun islam juga. Again, Allah selamatkan saya. Managed to escape but need to go to the nearest hotel. Nasib baik zaman sekolah dulu bljr tae kwan do and silat. Dapat guna jgk akhirnya…fuh..Burn duit sikit tp xpe. Nyawa penting ooo….My bad at this time because I was tired and simply believed him. Especially bila dia kata dia islam. Di Europe, orang Islam lagi susah nak percaya sebab kita tak tau dia betul2 islam atau tipu. Huhuhu….betapa agama kita dipermainkan. 

12. AVOID sampai waktu malam. Especially kalau you travel sorang. Lagi2 musim winter. Pukul 9 malam tu dah macam midnight dah. Sunyi. Masa di Milan I arrived dalam pukul 8 lebih dah nk pukul 9 malam…memang sunyi. Winter, pukul 5 tu dah gelap dah. Kedai pun ada yang tutup…

13. Show your serious face when travelling alone. Especially, when a guy tried to woo you. 

14. I wear a ring while travelling. Just to indicates that I am not alone. So far, it works. Because they will think that I am married. Kind of no chance to be closed to this girl. The husband is there somewhere. Tapi kalau pakai sarung tangan, sebab sejuk x nampak lah ring tu….hahaha…

15. Di Paris, kalau x nak beli barang tersebut jangan tanya. Di area Eifel Tower. Nanti dia kejar awak dan paksa awak beli. Jangan risau, harga dia dah tulis sbnrye, kena pandai baca je. Nasihat saya, awak ada niat nak beli…then awak nego. Di Venice, saya ada niat nak beli. Then sy nego, saya cakap kalau saya beli 2 dozens, blh x saya nak free key chain? Alhamdulillah it works. So, saya beli. Yg pasal free gift tu saje je nak test. Rezeki dapat. Alhamdulillah again. AL-maklum, orang Malaysia kan suka tawar-menawar…

16. Orang Rome agak biadap. Dia boleh tetiba je marah you. Lagi2 kalau you stranger. I experienced it, as well as the Indians and the british who were travelling with me. We happened to meet in Vatican City and share our experiences in Rome. Kalau you tanya soalan, nak tak nak je diorg jawab. So, better tanya macam tourist guide or receptionist di tmpt penginapan. 

17. Never leave your handbag. Even utk satu saat bagi mengambil photo. Happened to my Kazakstan roommate in Paris. A Spanish man, datang sambil lalu dgn relaks and then terus grab beg tu dan blah. Berkejaran lah mereka mendapatkan handbag mereka balik. Mereka sedar pun waktu laki tu dah agak jauh dr mereka. It happened so fast. Again, jaga handbag elok2...Even in Bosnia. Mereka akan buat-buat nak tolong angkat barang, tetiba handbag dh selamat dilarikan...

18. Never go out alone early in the morning and at the same time pegang handphone. My Korean roommate in Rome, she got robbed while walking alone. Sebab dia excited nak tgk Rome awl pagi, dia keluar dalam pukul 7 pg lebih. Jalan sorang2. And then ada lelaki berkulit gelap dr arah bertentangan datang, snatched her handphone and ran away. She cried all day long. Kesian dia. Sebab dalam hp dia ada 10K gambar2. 

19. Jangan solat merata. Especially di Paris. Nanti you kena tembak free2. Better cari masjid atau balik solat di hotel/hostel. Yang sy buat kalau x dan atau dah time check out and owner mcm ssh nk bg solat kt tmpt tu adalah solat di fitting room. Buat2 nak beli baju. And then solat lah di situ dengan selamatnya. Hehe.

20. Akhir sekali, PASSPORT. Letak passport, debit and kredit kad dlm poket seluar. Bukan dalam handbag. Itu yang saya buat. Passport tu nyawa penting masa travel. Jd sy letak dia dekat dengan saya. Kalau handbag kena curi, at least perkara plg penting masih ada. Kredit and debit kad tu sbb berguna untuk kecemasan….kalau beg kena curi still masih ada backup duit untuk survive. 

Semoga perjalanan kalian selamat dan menggembirakan. ( ^_^)
Info: toilet di Euro paling murah saya jumpa kena bayar 0.70 euro. Paling mahal 1.00 euro. Ada yang free tp dekat restoran. Bersyukur di Malaysia kita kena charge 0.30 sen atau 0.50 sen. Hihi. Antara penemuan yang menginsafkan saya dan membuatkan saya bersyukur sejenak.

Saturday, 31 December 2016

1. Leather jacket
2. Set baju tidur (2 set)
3. Long sleeve tshirt (2)
4. Winter pants (1)
5. Long pants (1)
6. Thermal (2 set)
7. Glove (1)
8. Muffler (1)
9. Wool socks (2)
10. Fleece
11. Winter boots waterproof


TIPS JIMAT RM31.60 UNTUK TIKET TREN ERL KE KLIA

Sejak 1 Januari 2016, harga tiket ERL telah dinaikkan dari RM35 kepada RM55. Pasti ramai yang terkesan terutamanya 'Kaki Travel' akibat kenaikan mendadak ini.
.
Kali ini, kami di Cilideals nak kongsikan satu tips untuk jimat RM31.60 untuk tiket tren KLIA Transit dari KL Sentral ke KLIA/KLIA2.
.
BAGAIMANA CARANYA?
.
.
1. Dari KL Sentral, beli tiket KLIA Transit ke Putrajaya. Kos hanya RM14.00.
.
2. Di stesen Putrajaya, keluar di stesen, naik lif/ eskalator, dan beli tiket ke KLIA. Kos hanya RM9.40. Jadi jumlah kos tiket hanya RM23.40, dapat jimat sebanyak RM31.60 atau lebih dari 50%.
.
3. Tunggu tren seterusnya ke KLIA, biasanya dalam 15-20 min sahaja.
Cek jadual tren di sini untuk merancang.
https://www.kliaekspres.com/…/KE-KT-Train-Times-141116-Fina…
.
4. Senyum dan ucap Alhamdulillah dapat jimat banyak. :)
.
Tips tambahan
- Guna Touch N Go untuk jimat masa.
- Boleh juga transit di Bandar Tasik Selatan / Salak Tinggi. Stesen Putrajaya menjadi pilihan utama kami kerana platform tidak terlalu jauh dengan kaunter tiket., dan ada kemudahan lif.

Bagaimana memohon airbnb? Ikuti langkah dibawah

Nak travel budget? Korang pernah tempah bilik guna apps AirBNB? Tahu tak apa itu AirBNB? Jom kita baca tips ni.
-Apa itu Airbnb?
-Boleh percaya ke Airbnb ini? Tak kena tipu?
-Adakah selamat menginap sekali dengan tuan rumah?
Airbnb.com merupakan salah satu laman web yang terkenal, khas untuk menempah rumah jenis Guest House. Airbnb.com mempunyai lebih 800,000 senarai Guest House di lebih 33,000 bandar di 192 buah negara di seluruh dunia. Guest House merupakan rumah tumpangan yang disewakan oleh pemilik rumah kepada tetamu. Terdapat pelbagai jenis kategori penginapan yang disediakan, antaranya ialah:
1. Sewa seluruh rumah (Entire house, private toilet)
2. Sewa bilik peribadi (Private room, shared toilet)
Untuk maklumat, semua transaksi pembayaran dibuat melalui laman web Airbnb dan bukannya secara terus dengan tuan rumah. Jadi kebarangkalian untuk ditipu adalah sangat tipis. Sekiranya ada, anda boleh terus berhubung dengan pihak Airbnb dan tuan rumah tersebut boleh disenarai hitam jika didapati menipu.
Soalan ini juga mungkin bermain di fikiran anda. Secara umumnya bagi saya adalah selamat, tiada masalah, bahkan anda sendiri akan merasai pengalaman unik duduk dengan orang tempatan serta dapat mengenali budaya setempat dengan lebih mendalam yang tidak mungkin akan dapat di hotel.
Sebelum anda membuat tempahan bilik, semak dulu beberapa maklumat penting seperti di bawah untuk lebih keselesaan bila sampai nanti :
1. Baca maklum balas (review) dari bekas penyewa, jika rating yang diberikan sangat baik, mungkin bilik tersebut pilihan terbaik untuk anda.
2. Cari bilik atau rumah yang dekat dengan kemudahan pengangkutan awam, wifi dan dapur memasak.
3. Untuk lebih yakin, lihat dipenjuru kanan setiap gambar bilik yang dipaparkan, jika ada tanda watermark ‘A’, bermakna gambar tersebut telah ditangkap oleh jurufoto profesional dari Airbnb sendiri.
4. Sebelum membuat tempahan, anda juga boleh berhubung dengan tuan rumah melalui ruang mesej di Airbnb, anda boleh tanya apa sahaja soalan sehingga anda rasa berpuas hati, anda juga boleh cuba tawar menawar harga dengan tuan rumah, jika bernasib baik, mungkin anda akan dapat diskaun.
5. Selepas anda menginap, anda boleh tinggalkan maklum balas di Airbnb tentang pengalaman bermalam di rumah tersebut, begitu juga dengan tuan rumah, jadi kedua-dua belah pihak perlu berkelakuan sebaik yang mungkin.
Bagaimana Caranya Buat Tempahan Bilik Airbnb Ini?
-Daftar akaun di Airbnb
-Pilih destinasi dan tetapkan tarikh check-in & check-out.
-Pilih rumah atau bilik yang berkenan di hati.
-Buat permohonan untuk tempah bilik.
-Masukkan butiran pembayaran seperti kad debit atau kad kredit.
-Klik butang Submit.
-Tunggu sehingga tuan rumah beri maklum balas samada menerima atau menolak tempahan anda

Ketahui hak anda jika flight delay

Korang mesti pernah rasa jika flight delay kan? Ada sesetengah kes yang terjadi bila syarikat penerbangan cancel flight korang tanpa penjelasan.
Untuk makluman korang, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia telah mengeluarkan Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 pada 30 Jun 2016 dengan tujuan melindungi hak-hak pengguna perkhidmatan penerbangan di Malaysia.
Di dalam Kod Perlindungan ini, antara perkara-perkara penting yang diberi penjelasan dan perlu kita tahu ialah:

1. Jika penumpang tidak dibenarkan menaiki pesawat.
Dalam hal ini penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma iaitu makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet. Penumpang juga hendaklah ditawarkan penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

2. Bagi kelewatan penerbangan selama dua jam atau lebih.
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma, makanan, minuman, panggilan telefon yang terhad dan akses kepada internet mengikut keadaan yang munasabah dengan waktu menunggu.

3. Bagi kelewatan penerbangan selama lima jam atau lebih.
Penumpang hendaklah ditawarkan secara percuma penginapan di hotel apabila penginapan selama satu malam atau lebih adalah perlu. Selain itu pengangkutan daripada lapangan terbang ke hotel juga perlu disediakan.

4. Jika penerbangan dibatalkan.
Penumpang hendaklah ditawarkan pilihan antara pembayaran ganti rugi dalam masa tiga puluh hari, daripada kos tiket sepenuhnya pada harga yang dibeli termasuk cukai dan fi ATAU ditawarkan perubahan laluan, dalam keadaan pengangkutan yang setanding.

Sumber : First Schedule, Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016.

7 tips untuk beli tket flight murah


1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu
Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk korang beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal
Berdasarkan pengalaman, korang kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh korang nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalamsistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai
Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa
Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, korang kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil
Korang boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau korang nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya korang cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester korang naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’
Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc korang sekiranya korang dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang korang sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser korang tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga
Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang korang mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Korang akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:
1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Tips berwuduk jika mengembara di luar negara


Tips bagi umat islam yang gemar mengembara.

Sememangnya amat sukar berwuduk di tandas awam terutama di luar negara di mana membasahkan lantai adalah DILARANG SAMA SEKALI.

Menyapu khuf merupakan keringanan yang diberikan kepada umat Islam. Semasa mengambil wudhuk, orang yang memakai khuf tidak perlu menanggalkan khufnya. Memadai ia menyapu air di atas khufnya sebagai ganti kepada membasuh kaki. Keringanan ini terbuka untuk lelaki dan wanita, orang yang sedang musafir atau yang berada di dalam negeri, yang sihat atau yang sakit.
Jabir bin Abdullah al-Bajali r.a. menceritakan; “Aku telah melihat Nabi s.a.w. kencing, kemudian baginda mengambil wudhuk dan menyapu air atas dua khufnya”.

Ciri-ciri Khuf ?
1. Menutupi keseluruhan kaki yang wajib dibasuh ketika mengambil wudhuk, iaitu dari hujung jari hingga ke buku lali.
2. Hendaklah tahan dibawa berjalan berterusan selama sehari semalam bagi orang yang berada dalam negeri atau tiga hari tiga malam bagi musafir.
3. Hendaklah dari bahan yang suci, bukan najis. Oleh demikian, tidak harus menyapu khuf (kasut) yang dibuat dari kulit babi atau anjing atau kulit binatang yang belum disamak.